LINUS 2.0

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas 3 tahun mengikut persekolahan di sekolah rendah.

Program Linus2.0 diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi (LBM & LBI) dan Numerasi. 

Apa Maksud Program LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

LITERASI BAHSA MALAYSIA (LBM) 
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

LITERASI BAHASA INGGERIS (LBI) 
Literasi Bahasa Inggeris ditakrifkan sebagai penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mendengar, memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Construct 1 : Able to identify and distinguish letters of the alphabet.
Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet.
Construct 3 : Able to blend sounds into recognizable words.
Construct 4 : Able to segment words into phonemes.
Construct 5 : Able to understand and use the language at word level.
Construct 6 : Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.
Construct 7 : Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.
Construct 8 : Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts.
Construct 9 : Able to read and understand sentences with guidance.
Construct 10 : Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts.
Construct 11 : Able to understand and use the language at sentence level in linear texts.
Construct 12 : Able to construct sentences with guidance

NUMERASI 
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.