Friday, 17 February 2017

Guru Ceria, Murid Gembira

Salam 1 SKM dan salam berhujung minggu. Terbitan blog kali ini agak santai memandangkan cikgu COL sudah lama tidak kemaskini blog kita ini disebabkan kekangan waktu dalam menjalankan tugas-tugas hakiki. Tambahan lagi dalam sebulan dua ini sekolah-sekolah disekitar PPD Keningau bakal dipantau fail-failnya. 

Baiklah, mari kita terus kepada cerita kali ini. Awal bulan ini, 8 Februari 2017 Salah seorang guru kita telah menjamu rakan-rakan guru bersempena dengan hari Chap Goh Mei yang diraihkan. Terima kasih Cikgu Khoo... Kami mendoakan agar cikgu kembali sihat seperti sediakala dan ceria selalu. Disini cikgu COL hidangkan anda dengan gambar-gambar guru-guru SKM yang ceria-ceria... Kredit kepada juru gambarnya Teacher JV 






PERHATIAN!!! Ini bukan pembalakkan haram ya anak-anak, saudara dan saudari sekalian. Gambar yang bakal anda saksikan ini adalah gambar guru besar bersama dengan krew (komuniti sekolah) menebang, membelah, mengisik dan mengangkat kayu pokok Akasia. Menurut Wikipedia, pokok akasia merupakan sejenis pokok dalam genus Acacia yang malar hijau di Asia. Nama saintifiknya adalah Acacia Auriculiformis (https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Akasia)

Guru besar dan krew ingin membina sebuah pondok baru di kawasan sekolah. inilah kegunaan kayu yang diambil dari kawasan kebun di sekitar sekolah (dengan kebenaran pemilik kebun). 
Guru besar sedang membelah kayu

En Raipin (komuniti sekolah) yang sentia setia membantu


Terima kasih kepada guru besar, guru-guru dan krew komuniti sekolah. Semoga sekolah kita akan terus membangun dan maju dalam proses melahirkan insan yang cemerlang seterunya dapat  mencapai visi dan misi sekolah.

"SK Membulu: Sekolah Cemerlang Band 1 Tahun 2020"

Penulis: Cikgu COL

No comments:

Post a Comment