J asmani - Kekuatan stamina dalam sukan dan permainan diaplikasikan dalam pertandingan.
E mosi - Mengawal perasaan cemas dalam sesuatu pertandingan.
R ohani - Setiasa memohon bantuan daripada-Nya dan sentiasa bersyukur.
I ntelek - Berfikir secara kritis dalam menyusun strategi permainan.
S osial - Berkenalan dengan rakan baharu dan belajar bekomunikasi antara sesama
Perkara di atas merupakan intipati yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat kita terapkan dalam kalangan murid melalui sukan dan permainan. Minggu ini, murid sekolah kita telah menyertai dua pertandingan sukan dan permainan di peringkat Zon Pegalan.
16 FEBRUARI 2017 (Khamis) Pertandingan Bola Jaring bertempat di SK Membulu Keningau dan SK Membulu mendapat JOHAN dalam pertandingan ini.
![]() |
Tahniah kepada semua peserta & AJK Pengelola |
![]() |
Barisan penyokong yang setia walaupun cuaca panas |
17 & 18 FEBRUARI 2017 (Jumaat & Sabtu) Pertandingan Bola Sepak yang bertempat di SK Kg Biah dan masih lagi sedang berlangsung. Rakan warga SKM yang berkelapangan bolehlah datang ke SK Kg Biah untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak kita ini. Semoga pulang dengan kejayaan!!
![]() |
mereka sedang berusaha menyerang kubuh pertahanan pihak lawan... semoga berjaya |
![]() |
Pasukan pemain bola yang ceria |
PANTANG UNDUR SEBELUM BERJUANG!! Biar kalah bertatak jangan kalah garatak! Teruskan usaha anak-anak.
"SK Membulu: Sekolah Cemerlang Band 1 Tahun 2020"
Penulis: Cikgu COL